Thursday, 17 July 2014

PENGENALAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


Pentaksiran Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan akan menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah untuk pelajar Tingkatan 3 dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang hanya dilaksanakan di peringkat sekolah.
Pentaksiran Tingkatan 3 PT3
Pengenalan PT3 ini dibuat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditambahbaik berkuatkuasa 1 April 2014.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, melalui PT3 pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran setara (standardise) disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
“Walaupun PMR digantikan dengan PT3, tarikah peperiksaan tetap masih ada seperti yang dirancang dalam PBS lama. Lembaga Peperiksaan tetap akan menyediakan soalan-soalan dan diletakkan di dalam ‘bank soalan’ yang pelbagai dari soalan mudah hingga sukar.
pt3
Pemilihan soalan digunakan melalui PT3 juga perlu pelbagai dalam memastikan semua jenis soalan akan digunakan sekolah-sekolah bagi memastikan kualiti pentaksiran dibuat terhadap pelajar Tingkatan 3,” katanya pada sidang media penambahbaikan PBS di Parlimen pada hari ini.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.


Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup,Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun menggunakan pentaksiran bertulis sahaja.

pentaksiran tingkatan 3
Manakala, mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksirkan menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes.
Dalam masa yang sama, Lembaga Peperiksaan dan pentaksir luar yang dilantik lembaga akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Muhyiddin berkata, moderasi adalah proses menyelaras markah diberi beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja pelajar bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama.
“Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan permarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan konsistensi pemberian markah anatara pemeriksa.

“Verifikasi pula ialah proses mengesahkan markah yang diperoleh pelajar adalah layak diterima,” jelasnya.
Tambah Muhyiddin, PT3 juga digunakan sebagai asas menentukan kemasukan murid-murid Tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

Katanya, selain PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.